Berita Harian – 23 July 2014

KUALA LUMPUR: Kira-kira 140 sukarelawan belia daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) berhimpun di depan pintu masuk Bangunan Parlimen hari ini bagi memberi sokongan terhadap peranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam menangani insiden pesawat MH17.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sukarelawan Siswa, Michael Teoh Su Lim, berkata perhimpunan itu juga bertujuan membawa suara golongan belia yang kesal dengan tindakan pihak yang menembak jatuh peswat berkenaan, Jumaat lalu.

“Kami berdiri di sini sebagai tanda sokongan kami terhadap Ahli Parlimen yang sedanga berdepan masa sukar mengenai tragedi nahas MH17 yang mengorbankan 298 nyawa.

“Sebagai gabungan sukarelawan belia negara ini kami akan sentiasa berada di belakang Ahli Parlimen menyokong tindakan mereka,” katanya ketika ditemui di depan pintu masuk Parlimen di sini, hari ini.

Michael berkata, sebanyak 300 pin Justice4MH17 yang tertera bendera Malaysia diedarkan kepada semua Ahli Parlimen yang hadir ke Dewan Rakyat, hari ini.

Comments

comments